Selesai mengembara alam fairy chimneys, canyon, dan juga Lembah Ihlara, dan berehat seketika di kedai-kedai cenderahati melepas panas dan dahaga di daerah Nevsehir, kami di bawa ke tempat pembuatan barang-barang tanah liat yang dibuat daripada quartz. Ia meliputi pinggan mangkuk, set tea dan piring-piring hiasan yang kecil dan yang boleh digantung di dinding. Tapi harganya, mak oi sangat mahal, namun sebenarnya kalau pandai tawar menawar dan buat-buat tak nak, harga boleh turun lebih daripada 50%.
Kemudian ke restoran di lembah bukit untuk menjamu selera, makan secara buffet, memilih spagetti, nasi pilaf, shurbah, kuzu tandir, sayur-sayuran yang dimasak dengan tomato puri dan sebagainya. Di sini kami boleh merasa makanan Cappadocia yang sedap-sedap rangkuman resepi dan rasa makanan Perancis, Turki dan juga makanan Cina kerana Cappadocia terletak di tengah-tengah Wilayah Anatolia (Turki Asia) yang menjadi tempat penghijrahan dan laluan penduduk Asia ke Eropah.
Kemudian kami menapak ke Hotel di lembah Gerome untuk melepaskan penat dan dan berehat seketika.
Ketika hampir maghrib kami keluar semula berjalan kaki untuk mengambil angin dan menikmati panaroma Lembah Gerome yang pada saya amat damai dan tenteram. Hati sungguh sayu dan serta merta terkenangkan kampung halaman tatkala singgah di masjid untuk bersembahyang maghrib kerana suasana selepas sembahyang yang ada sedikit wirid dan zikir-zikir selepas solat yang menjadi kebiasaan surau-surau dan masjid-masjid di Malaysia. Pada masa itu, selepas maghribnya ada ceramah dan jamuan makanan sempena kedatangan bulan Rejab.
Alhamdulillah, masih ada ruh-ruh Islam di sana walaupun di selubungi idea sekularisme di mana-mana.
Pada malam tersebut kami menikmati hidangan special yang hanya terdapat di Cappadocia, Pottery Kebab, lauk pauk yang di masak dalam pottery dan ditutup dengan doh roti. Apabila hendak memakannya kita akan memecahkan pottery tersebut dan keluarlah isi-isinya, iaitu lauk yang kita pilih samada ayam atau kambing. Cappadocian Pottery Kebab ini kami makan bersama-sama nasi pilaf. Di Turki saya jumpa nasi pilaf sahaja, tiada nasi lain. Nasinya lembut seakan-akan nasi dagang. Sedap, tapi muak kalau makan banyak-banyak.
Sambil makan kami sekeluarga berbual-bual dengan 2 orang gadis sunti lembah Goreme yang berusia 12 tahun, yang tinggal bersebelahan restoran. Mereka berdua agak fasih berbahasa Inggeris, walaupun di sekolah mereka hanya belajar satu bahasa sahaja, iatu bahasa Turki, namun kerana selalu berbual dengan pelancung yang berkunjung ke Gerome, mereka dapat berkomunikasi dengan baik sekali. Mereka berdua adalah adik beradik berlainan ibu, dan kedua-dua ibu mereka tinggal serumah. Ketika di tanya tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, mereka tidak dapat menjawab, tetapi apabila bercerita tentang Mustafa Kamal Attartuk, dengan fasih dan kagum mereka bercerita yang Mustafa Kamal seorang pemerintah yang sangat bagus, bapa pembangunan Turki dan memperkenalkan undang-undang yang mantap. Sempat kami bergurau dengan salah seorang daripada mereka, awak ada kekasih tak? Dengan bersahaja, dia menjawab, saya ni feminin, saya tak suka berkawan dengan lelaki. Wah, usia 12 tahun dah tahu menggunakan istilah feminin.


4 ulasan:
Bestnya kat situ, pengalaman yang tak dapat di tempat lain .
salam k.ina..
mantap entrynya..
ayu mint izin link kan entry ni blh ye..
maklum..tgh tgh awal2 pregnnt ni sentiasa xde mood k dpn pc..
ayu amik gmbo2 ni sikit.. xde dlm simpnn..huhu
tqvm :)
tk cr!
best nyer jalan2 ni kan :D
uniknya.. bertuah nye dapat mengambil pengalaman kat sana.. :)
Catat Ulasan