Rabu, 2009 Disember 02

Selamat pulang

Alhamdulillah, kami sudah selamat pulang ke Sweileh semalam dalam keadaan selamat. Semoga kami mendapat haji mabrur wa sa'yan masykuran, wa zanban maghfura wa tijaratan lan tabuur.


Bekalan nasi untuk perjalanan 30 jam dengan bas dari Sweileh ke Madinah Al Munawwarah

Berpisah dengan anak-anak. Sungguh sedih.

Adik-adik hujjah dari Irbid dan Mafraq.

Jemaah haji dari Turkmenistan yang telah menghabiskan masa selama 7 hari 7 malam untuk sampai di border Mudawarrah(Jordan) atau Haalatul Ammaar ( Saudi)

Nenek-nenek dari Turkmenistan


Jemaah haji Turmenistan dalam bas yang diubahsuai menjadi kabin.

Hujjaj Turmenistan.Epal yang disedekahkan oleh mereka, jauh epal tu merantau, baru sampai di sempadan Saudi.

Salah seorang jemaah haji Malaysia Sweileh, ketika berada di madinah hujjaj, Madinah Al-Munawarrah.

Isnin, 2009 November 16

Haji 1430

Assalamualaikum

Kepada pengunjung blog...pada hari ini 17 Nov , saya dan hubby akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji, mohon maaf daripada semua sekiranya ada salah dan silap. Doakanlah kami selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur.
Insya Allah kami akan sampai ke Jordan pada 2@3 Disember.

Selasa, 2009 November 10

Fahami dia

Saya cuba memahami 'dia'...

Mereka yang berjaya menamatkan pengajian hingga ke peringkat Ph.D menceritakan bahawa laluannya bukan mudah dan penuh dengan ranjau berduri. Namun, apakah yang menyebabkan mereka nekad?




SUDAH tiga kali dia mengelilingi Bulatan Bistari berhampiran Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Dr. Siti Zabedah Mohd. Shariff, 53, seolah-olah sukar untuk menentukan arah yang hendak dituju. Semuanya menjadi serba tidak kena memandangkan di fikirannya hanya memikirkan kata-kata penasihat yang memintanya membaiki dan mempertingkatkan tesis Ph.Dnya.

Pada waktu itu Siti Zabedah mula resah dan kecewa. Pening memikirkan kaedah dan informasi tambahan yang diperlukan untuk memantapkan tesis berkenaan. Apatah lagi tempoh tamat pengajian semakin hampir sedangkan dia baru sahaja memulakan bab lima tesisnya.

"Proses pembelajaran di peringkat doktor falsafah (Ph.D) cukup memenatkan dan memeritkan. Sebelum ini saya pernah mendengar keluhan bahawa proses pengajian Ph.D cukup jauh berbeza dengan diploma, ijazah mahupun sarjana. Namun semangat yang berkobar-kobar untuk belajar saya tidak mengendahkan keluhan tersebut.

"Sebaliknya saya berazam untuk menempuh apa saja rintangan yang datang. Namun keazaman itu goyah seketika sebaik sahaja memasuki tahun kelima pengajian. Kesabaran saya diuji. Semakin hampir ke garisan penamat semakin kuat cabaran yang datang," imbas Siti Zabedah yang baru sahaja menerima anugerah Ijazah Doktor Falsafah Sebaran Am, pada Istiadat Konvokesyen ke-71, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Kini pensyarah kanan jurusan kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu sudah mampu tersenyum. Pergelutan selama enam tahun melunaskan tesisnya membuahkan hasil.

Perjalanan

Namun dalam membiasakan diri dengan gelaran doktor falsafah, Siti Zabedah masih sukar melupakan keperitan yang dihadapi sepanjang proses pengajiannya.

Laporan tesis yang disusun rapi di atas rak buku sentiasa mengingatkan Siti Zabedah betapa payahnya untuk sampai ke tahap ini. Jelas bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Muar, Johor itu proses pembelajaran peringkat Ph.D diibaratkan sebuah perjalanan persendirian. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan teman mahupun orang sekeliling.

Dia menyifatkan ketika bergelar calon Ph.D, Siti Zabedah bagaikan berada di tengah-tengah antara peranan seorang pensyarah, keluarga, anak dan teman. Pada situasi tersebut semua aspek perlu diuruskan secara serentak tanpa membiarkan ada yang tercicir.

"Saya perlu bijak menguruskan masa. Setiap detik yang berlalu begitu berharga dan saya tidak pernah sia-siakan. Sebab itu selama tempoh pengajian, kehidupan saya bermula seawal pukul 4 pagi. Celik saja mata saya terus menuju ke komputer untuk menyiapkan laporan tesis. Idea-idea pada waktu pagi mencurah-curah memandangkan fikiran kita segar pada waktu itu.

"Tepat saja pada pukul 5.30 pagi saya menguruskan hal rumah tangga seperti mengemas rumah, membasuh baju dan paling utama memasak sarapan pagi dan hidangan tengah hari. Ini kerana selain suami dan anak-anak saya turut menjaga dan menguruskan kebajikan ibu yang sudah berusia dan uzur," jelas Siti Zabedah yang bergegas ke kuliah pada pukul 8 pagi dan tamat pukul 5 petang.

Seharian berada di kampus, Siti Zabedah yang pernah bertugas sebagai penyunting berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), selama 17 tahun seboleh-bolehnya menyiapkan segala keperluan kuliah. Bermula daripada bahan-bahan pengajaran, tugasan atau soalan kuiz, Siti Zabedah mahu sempurnakan segala-galanya secepat mungkin.

Penulisan akademik

Ini kerana waktu di rumah hanya diperuntukkan untuk keluarga dan sebahagian besar menyiapkan laporan tesisnya.

Dalam pada itu dia sentiasa berusaha mencuri masa ke perpustakaan mencari buku dan jurnal untuk dibuat rujukan. Sehinggakan pada hujung minggu Siti Zabedah perlu mengorbankan waktu santainya dengan mengunjungi stesen televisyen yang menjadi bahan kajian tesisnya.


SITI ZABEDAH mengambil masa selama enam tahun untuk menghabiskan tesis Ph.Dnya.


"Tesis merupakan penulisan akademik. Ia tidak sama seperti penulisan rencana mahupun karangan. Setiap ayat yang ditulis perlu disokong dengan fakta dan contoh. Sebab itu setiap calon Ph.D sentiasa sibuk mencari bahan-bahan rujukan dan bukti bagi mendapatkan hasil tesis yang memberangsangkan," kata Siti Zabedah yang pernah berputus asa untuk meneruskan pengajian Ph.D.

Lebih-lebih lagi apabila keputusan itu diambil tatkala tempoh pengajian masuki tahun kelima. Ini kerana pada satu peringkat dia tidak dapat mengawal dan menguruskan banyak perkara secara serentak.

Enggan membiarkan diri merana kerana pengajiannya, Siti Zabedah tegar menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada penasihatnya untuk tidak meneruskan pengajian. Malangnya niat itu langsung tidak mendapat simpati sebaliknya dia 'dimarahi' kerana tempoh pengajian bakal tamat dalam tempoh setahun saja lagi.

Mengapa beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke tahap Ph.D, sedangkan pada awalnya dia mengerti keperitan yang bakal dialami? Jawapan Siti Zabedah cukup ringkas. Dorongan itu berpunca daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


SHARIFAH RAFIDAH yang telah menerbitkan 40 jurnal berjaya meyakinkan para penilai dan berjaya menamatkan tesisnya.


Usahanya meneruskan pengajian bagi menyahut cabaran KPT yang menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara memiliki Ph.D menjelang 2020.

Namun sebelum menamatkan bicara, Siti Zabedah sempat melahirkan rasa tidak puas hati kepada individu yang tidak bertanggungjawab membeli dan menghadiri konvokesyen di universiti luar negara tanpa menjalani proses pengajian sebenar.

"Ia tidak adil bagi kami yang bersusah payah dalam segala aspek. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk memegang segulung Ph.D. Tetapi individu yang memiliki kelulusan palsu ini sangat rugi kerana tidak mempunyai kepakaran menghasilkan kajian dan tesis," katanya.

Sementara itu, graduan termuda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menerima Ph.D dalam Kejuruteraan Kimia, Sharifah Rafidah Wan Alwi, 28, dua tahun lalu turut melahirkan rasa kesal mengenai isu Ph.D palsu.

Pensyarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, itu berpendapat, ia adalah tindakan yang tidak patut dan mencemarkan gelaran doktor falsafah.




Mencemar gelaran

Situasi tersebut akan menjejaskan banyak pihak. Misalnya orang tersebut merupakan seorang pensyarah dan menyelia pelajar Ph.D, tapi disebabkan tidak pernah melalui proses Ph.D maka pelajar mereka mungkin kecundang dalam pelajaran.

"Justeru, perkara ini tidak boleh dipandang remeh bagi menjamin generasi masa depan yang cemerlang. Tindakan tegas berbentuk pencegahan perlu diambil untuk membasmi perbuatan ini dari akar umbi. Individu itu juga perlu disenarai hitam oleh majikan bagi memastikan mereka tidak mendapat pekerjaan di tempat lain," kata Sharifah yang pernah membuat kajian teknologi menjimatkan air secara holistik dalam industri dan domestik.

Lebih membanggakan, anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu membuat kajian proses integrasi untuk menjimatkan haba. Kaedah baru itu membantu menyasar dan mereka bentuk rangkaian haba secara serentak melalui teknik grafik.

Menceritakan pengalaman pahit dan manis sepanjang pengajian Ph.D, peminat filem Pirate of the Carribean itu menjelaskan, pembentangan viva Ph.D merupakan peristiwa yang sukar dilupakan.

Ini kerana salah seorang penilai viva telah bertanyakan soalan secara bertubi-tubi tanpa memberi peluang kepadanya menjawab. Lebih mengecewakan penilai berkenaan kurang menyokong kaedah penyelesaian Sharifah.

Namun berkat sokongan dan doa keluarga, akhirnya Sharifah yang telah menerbitkan lebih daripada 40 jurnal berjaya meyakinkan penilai itu dan membuat pembetulan laporan tesis dalam tempoh dua minggu saja.

Tambah Sharifah, usia tidak seharusnya menjadi halangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Sewaktu belajar di peringkat ijazah, Sharifah tidak sabar menamatkan pengajian dan menunggu panggilan temu duga untuk bekerja.

Namun disebabkan terlalu mencintai ilmu dia berasakan adalah lebih elok terus belajar walaupun sudah mendapat panggilan temu duga untuk bekerja.

Lantas dia melalui proses penukaran peringkat sarjana pada doktor falsafah pada semester kedua pengajiannya. Dalam masa dua tahun lapan bulan Sharifah sudah siap menamatkan tesis.

"Sebab itu saya memperoleh Ph.D awal. Melakukan proses pengajian Ph.D secara terus sama seperti membuat sarjana dan kemudian Ph.D. Cuma tempoh pengajian saya ini menjimatkan masa dan tekanan. Tak perlu melalui dua kali pengajian (sarjana dan Ph.D)," ulas Sharifah yang menerima ijazahnya daripada Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.

Sabtu, 2009 Oktober 31

Program Annos

Minggu lepas saya ke Madrasah Al-Syaima' untuk mengikuti penerangan tentang program baru yang diperkenal iaitu Annos.

Dengan menggunakan tagline 'Ana Insan Mumayyiz' - 'Saya Manusia yang Istimewa', program ini bertujuan untuk:
1. meningkat keimanan dan kecintaan kepada Allah.
2.membina syakhsiyyah kanak-kanak dari aspek akhlak dan tingkah laku, mengoptimumkan 'kecerdasan pelbagai' - ' multiple intelligence'.

Mudirah/ pengetua menerangkan bahawa program ini mengguna ikon Annos iaitu seorang budak lelaki yang comel dan mempunyai tingkah laku yang baik dan dia ditemani oleh seekor kucing kesayangannya iaitu 'basbus' (kucing dalam bahasa Jordan Ammi-bahasa pasar).

Guru-guru akan bercerita tentang Annos dengan menggunakan material yang dibekalkan. Ada beberapa buku cerita tentang Annos untuk digunakan oleh guru dan juga murid. Manakala murid-murid pula dibekal dengan buku latihan yang meningkatkan kreativiti dan imiginasi mereka disamping menghayati sifat-sifat Allah- 'Asma al Husna'. Selain itu CD yang mengandungi nasyid-nasyid dibekalkan untuk meningkatkan kecerdasan mereka yang merangkumi kecerdasan muzik.

Menjadi harapan agar program ini dapat melahirkan anak-anak yang bertakwa dan mempunyai akhlak Islamiyyah serta cergas dan cerdas emosi, rohani, jasmani dan intelek (JERI), Insya Allah.

Syukran kepada penasihat program, Prof. Dr. Solah Al-Khalidi (mengikut slide show yang ditunjukkan oleh mudirah) dan teamnya, Mudirah Al-Syaima' dan guru-guru.


http://www.tafakkur.com/






Jumaat, 2009 Oktober 30

Turki dari kaca mata penghuni sahara

Untuk Ummi Maryam.

Dipetik daripada
http://penghunisahara.blogspot.com/

Tuesday, July 29, 2008
Warna malam di Sultanahmet & Taksim

Keindahan Masjid Biru pada waktu malam. Masjid yang tiada tolok bandingnya ini dibina oleh Mehmet Aga. Mempunyai 260 buah tingkat dengan 6 tiang menara yang amat menakjubkan senibinanya.


Tram menghubungkan Kabatas dan Zeytinburnu merupakan salah satu sistem perhubungan mantap di Istanbul. Dikenali dengan Istanbul Rayli Sistemler. Beroperasi seawal jam 5.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 malam.


Penduduk Turki dan pelancong memenuhi sebuah restoran Doner Kebab dan pelbagai pilihan makanan Turki yang terkenal di Sultanahmet

Funukuler yang menghubungkan Kabatas ke Taksim. Kabatas merupakan stesyen terakhir Tram dari Zeytinburnu dan mereka yang ingin ke Taksim perlu mengambil Funukuler Kabatas ke Taksim

Keadaan malam yang 'hidup' sehingga lewat malam di kawasan Taksim. Berbeza dengan kawasan Sultanahmet yang kawasannya 'mati' dari kesibukkan kutu rayau malam


Tak banyak Restoran KFC di Turki


Friday, July 25, 2008

Kofte Kebab

Business Trip. Istanbul - Jun 2008

Sudah agak lama saya tidak menulis tentang pengalaman berada di luar negara samada ketika belajar atau ketika mengendalikan pakej pelancongan. Semalam saya menerima e-mel dari seorang yang dikenali dengan Kak Haslina bertanyakan tentang pakej lawatan ke Jordan, Syria dan Turki selama 14 Hari 12 Malam. Selepas menerima e-mel dari beliau saya mula menyemak semula fail tentang harga dan segala urusan berkaitan termasuk harga hotel, pengangkutan dan makanan pada ketika ini di ketiga-tiga buah negara tersebut untuk mendapatkan harga terbaik untuk beliau.

Dengan kerja-kerja yang dilakukan ia mengingatkan aku semula kenangan-kenangan di sana dan kembali 'menyelongkar' folder-folder gambar yang sudah mencapai puluhan ribu keping dan mencari idea untuk menulis di sini.

Entry kali ini mengenai makanan di Turki. Lebih khusus lagi iaitu makanan yang dikenali dengan Kofte disebut juga Kofte Kebab (Turkish Meatball) yang menjadi makanan kegemaran saya. Kofte bukan sahaja terkenal di Turki malahan di beberapa negara lain seperti di Timur Tengah dikenali dengan Kuftah dan di India dikenali dengan Kofta dengan pelbagai jenis seperti shahi aloo Kofta dan Malai Kofta. Dinegara-negara lain mungkin ia mudah dikenali dengan meatball membezakannya mungkin pada bahan yang dicampur bersama daging.

Kofta/Kuftah/Kofte dibuat dengan daging kambing atau lembu yang dihancurkan kemudian dicampur dengan bawang, daun parsley, daun pudina serta beberapa herba dan rempah. Namun, ada sesetengah 'versi' kofte digaul bersama buah tomato dan bahan-bahan lain yang saya pun tidak ketahui. Kebiasaanya adunan ia diuli dan dibuat bentuk bulat dan ada juga yang di grill dalam bentuk leper. Dalam pada itu ada juga Kofte yang tidak menggunakan daging tetapi dibuat dengan kentang atau kacang parpu.

Di Turki terdapat banyak 'versi' Kofte. Antaranya ialah Cig Kofte (Raw Kofte) yang terkenal di kawasan Barat Laut Turki seperti SanUrfa, Odun Kofte, Islama Kofte, Kadinbudu Kofte dan lain-lain lagi.

Dalam kesemua kofte yang ada, saya amat mengemari Kofte Kebab yang di grill. Apabila berada di Istanbul saya tidak melepaskan peluang berkunjung ke sebuah restoran yang terletak di Aksaray District (restoran berdekatan dengan Pamukkale Travel & Tours). Harga sepinggan Kofte (daging serta kentang, cili, bawang di goreng) ialah 4YTL (RM 10.60). Kebiasaan Kofte dimakan dengan roti (sandwich) dan boleh juga di order dagingnya sahaja.

Kebiasaan apabila di Istanbul saya memilih makan di Aksaray adalah kerana di kawasan ini makanan lebih murah berbanding di kawasan lain malahan bagi saya makanannya lebih enak. Jika makanan lain seperti hidangan nasi dan lauk satu set di Sultan Ahmet atau di kawasan lain mencecah 10YTL tetapi di Aksaray boleh makan nasi dan lauk dengan harga 6YTL (USD 1 bersamaan 1.2YTL). Di kawasan Taksim harga lebih kurang sama dengan harga di Sultan Ahmet ( 3 kawasan tumpuan di Istanbul- 1. SultanAhmet 2. Taksim 3. Aksaray)

Kofte di grill dan di makan bersama cili, kentang, bawang, terung dan beberapa bahan lain yang digoreng
(bahan-bahan yang digoreng boleh dipilih)


Pelbagai jenis lauk dan nasi (resepi orang Turki). Harga di Aksaray Nasi 1.5-2YTL mengikut jenis (berempah atau tidak)
dan setiap jenis lauk berharga 4YTL


Grill Kofte 4YTL, Nasi 2YTL, Lauk 4YTL dan Pepsi 1.5 YTL, Roti Free. Jumlah kesemua 11.5YTL (RM30.60)


Jika anda berpeluang ke Turki, jangan lupa mencuba makanan ini. ")

Sunday, July 15, 2007

"Saat 11:00 Tomorrow"

Tiket Bas dari Diyarbakir ke Adana. Bas bergerak dari Diyarbakir 11.35 malam dan
tiba di Adana 6.30 pagi. Perjalanan sejauh 550km melalui kawasan berbukit.
Tambang dikenakan 25 YTL (RM67.30)


"Jika aku membuat keputusan ke Erzurum, aku kena berada di Turkey lagi 2 hari. Bajet aku akan bertambah lagi 100 Lira Turkey"

"Atau aku kembali ke Adana sahaja".

"Jika aku terus ke Erzurum, mungkin aku mahu ke Batman atau Agri pula. Silap-silap aku buat keputusan mahu ke Mount Ararat"

"Jika aku terus ke Adana dan balik ke Syria mungkin lebih baik. Duit jimat"

Itulah apa yang difikirkan di dalam hati dan fikiranku setelah berada di Terminal Bas Diyarbakir, bandar di Timur Turki. Kepalaku terus berfikir sambil tanganku terus mengira-ngira bajet kewangan untuk aku teruskan diari kembaraku di Turki. Jika aku terus balik ke Syria melalui Adana, duit aku masih ada untuk berbelanja. Jika aku ke Erzurum, duit aku masih ada untuk berbelanja tapi dalam seminggu aku terpaksa 'mengadap' roti. Lupakan sementara nasi.

"Tak boleh..tak boleh". hatiku membantah seperti terus membuat keputusan.

Aku bangun dan melangkah ke kaunter-kaunter tiket bas di Terminal Bas Diyarbakir. Ketika itu kaki-kaki yang diupah sudah 'berbaris' untuk menarik pelanggan ke syarikat bas mereka.

"Istanbul?"

"Alanya, Denizli?"

"Erzurum?"

"Ankara?"

"Adana, Mersin, Tasuchu?"

"Ne Kadar Billeti Istanbul? Aku bertanya kepada seorang lelaki berhadapan kaunter sebuah syarikat bas bernama METRO.

"Yet-meesh Lira" Dia menjawab.

"Mahal juga, 70 Lira Diyarbakir ke Istanbul" kata hatiku. Tapi padanla, hampir sehari perjalanan.

Sengaja aku bertanya memberi ruang lagi masa untuk aku berfikir ke mana halatuju aku malam tersebut. Sedangkan bukan tujuan aku ke Istanbul. Aku mengucapkan terima kasih dan beredar menuju ke arah kerusi di tengah medan Terminal Bas.

Dua pilihan sahaja ketika itu, samada aku terus Erzurum atau kembali semula ke Adana.

Akhirnya aku bergerak ke sebuah kaunter syarikat bas yang tertulis di atasnya VAN, ADANA. iaitu syarikat Ercis Seyahat yang menawarkan perkhidmatan bas ke Van dan ke Adana. Van adalah sebuah tempat yang terletak berdekatan sempadan Iran manakala ADANA bandar keempat terbesar di Turki yang terletak 190km dari bandar Antakya iaitu bandar terakhir yang aku akan lalui sebelum masuk ke negara Syria.

"Aku Mettin" lelaki muda yang menjaga kaunter bas tersebut memperkenalkan diri.

"Aku Mohammad" aku membalas keramahan Mettin.

"Aku mahu ke Adana, berapa harga? tanya aku pada Mettin.

" 25 Lira" Jawab Mettin

"Pukul berapa bas bergerak" aku terus bertanya untuk mendapatkan maklumat.

"11.00, tomorrow" balas Mettin.

"Tidak, I want this night not tomorrow. Aku pun sudah terkeluar cakap bahasa inggeris, campur bahasa melayu, campur bahasa Turki malam tersebut.

"Yes..Yes..saat 11.00 tomorrow.." Mettin mengiya-iyakan cakapnya. Aku sudah mengaru kepala.

Aku mengulang-ngulang pada Mettin yang aku mahu tiket malam tersebut bukan esok. Dia pula asyik mengulang kata-kata yang sama "saat 11.00 tomorrow" (saat bermaksud JAM di dalam bahasa Turki)

Akhirnya datang seorang lelaki menghampiri aku dan Mettin. Mettin pun bercakap pada lelaki tersebut tentang 'perbualan' dia dan aku. Kemudian lelaki tersebut mengeluarkan sebuah kertas dan menulis atas kertas tersebut 23:00 dan menunjukkan 2 jarinya untuk dia maksudkan lagi 2 jam bas akan bertolak. Aku pun cakap pada lelaki tersebut memang aku mahu ke Adana malam ini bukan esok.

Kemudian lelaki tersebut berbual dengan Mettin seketika. Aku terdengar dalam mulut Mettin terkeluar perkataan Begun dan Tomorrow. Lelaki yang seorang lagi mengeleng-geleng kepala dan bercakap beberapa patah perkataan Turki dan dalam percakapannya di sebut Tomorrow dan Yarin. (Yarin bermaksud esok dan Begun hari ini di dalam bahasa Turki)

Kedua-dua mereka ketawa dan Mettin memandang ke arahku. Aku tersenyum sambil melihat Mettin.

"On Bir..Begun?" tanya aku padan Mettin. Dia menangguk-anggukan kepalanya.

"Kenapala perkataan begun tue aku tak lihat dari awal!" Marah hatiku sambil aku menutup Kamus Turki-B.Inggeris yang berada ditangan..

Saturday, July 14, 2007

Biarkan Aku..

Kenangan di Safita, Tartous

"Kau tak takut ke mengembara berseorangan?" Tanya seorang sahabat

"Adalah sedikit risau, tapi aku lebih seronok" Ringkas jawapan aku beri.

Ketika berada di bumi Jordan, aku gemar mengembara bersendirian ke mana-mana lokasi yang aku ingin pergi. Bagi aku ianya lebih memudahkan pengembaraan yang bakal aku tempuhi dan tidak banyak 'diganggu' oleh 'masalah-masalah' lain.

Jika ditanya mengapa aku lebih suka mengembara bersendirian, jawapan yang pasti aku berikan, aku lebih senang bersendirian kerana sebarang keputusan hanya terletak kepada diri aku sahaja. Jika aku mahu ke sesuatu tempat, aku bebas mengatur perjalanan dari segi masa, kewangan bersendirian tanpa ada bangkangan dari pihak kedua atau ketiga atau seterusnya. Aku dapat bayangkan, jika aku mahu tinggal di dalam Petra 3 hari, tetapi sahabat yang ingin turut serta hanya mahu 2 jam sahaja di dalam Petra. Itu sudah melawan keinginan diri. Sudah pasti aku tidak akan bersama dengan orang sebegitu.

Aku bawa satu kisah 3 orang sahabatku mengembara ke Istanbul. Mereka tiba seawal pagi di Otogar Istanbul. Setelah mereka berjalan pada hari tersebut di Istanbul, salah seorang dari mereka berkata,

"Jom kita balik, gambar pun sudah ambil, bukan ada apa sangat kat Istanbul ini".

Apa lagi, terkejut la 2 orang sahabat lagi. Baru sahaja sampai Istanbul sudah nak balik semula ke Syria. Sudahlah perjalanan ke Istanbul dari Syria lebih 24 jam, tiba pula di bandar yang penuh dengan tinggalan sejarah dan pemandangan yang cantik. Sudah nak balik! Alasan yang diberikan telah mengambil gambar kenangan di situ. Sudah mencukupi baginya sehari di Istanbul dan cukup dengan beberapa keping gambar kenangan.

Jika aku berada di dalam situasi begitu, mahu naik 'gila' jadinya.

Dari kisah sahabat aku di atas, mudah aku simpulkan bahawa setiap orang berlainan hadaf atau tujuannya mengembara. Ada setengah orang cukup sampai di satu tempat, bergambar kenangan dan pulang, ada setengah orang pula ingin pergi ke suatu tempat sahaja, biar lama di sesuatu tempat dan tujuannya hanya bersantai-santai bukan untuk mengambil maklumat lokasi-lokasi yang telah dilawati.

Dengan sebab 'banyak kepala, banyak idea' inilah yang membuatkan aku tidak gemar berjalan secara berkumpulan. Jika aku membuat keputusan untuk mengembara secara berkumpulan ia bukanlah hadir secara rela. Tetapi terpaksa dan hati aku 'cuba-cuba' merelakan perjalanan yang aku tempuhi.

Bagi diri aku, tujuan aku mengembara sudah pastinya ingin mengkaji tentang sejarah lokasi yang aku ingin tiba, berada lama di situ dan memahirkan otak aku dengan lokasi tersebut dan mengaut segala maklumat yang boleh aku perolehi. Aku pernah mengembara bersama sahabat-sahabat ke beberapa lokasi diluar negara Jordan. Ketika itu aku telah merancang mengembara bersendirian di lokasi tersebut. Namun akhirnya beberapa sahabat dapat maklumat yang aku ingin ke lokasi tersebut dan mereka ingin ikut serta. Mulanya aku sudah tak senang duduk. Namun ketika itu aku mati alasan untuk tidak membenarkan mereka turut serta. Akhirnya, aku terpaksa mengembara 'beramai-ramai' ketika itu.

Natijahnya, itulah pengembaraan yang paling memenatkan otak aku. Aku tidak dapat apa yang aku mahu. Aku terpaksa berbelanja lebih, aku terpaksa 'berdiam' lebih, aku kena mengeluh lebih. Paling rugi aku tidak dapat sampai ke lokasi-lokasi yang aku ingin pergi. Puncanya, mengembara beramai-ramai dan bila dah ramai banyak otak yang berfikir dan memberi cadangan itu dan ini.

"Tak payahlah kot kita ke tempat tu. Dah banyak tempat batu-batu kita dah pergi"..satu suara bercakap. - Aku raikan sahabat-sahabat dan redha.

"Takkan nak makan sandwich sahaja. Carilah makanan lain pulak"..
satu suara bercakap.- Aku raikan sahabat-sahabat dan redha.

"Takkan nak jalan kaki. Jauh. Naikla bas awam ke, teksi ke "
satu suara bercakap- Aku raikan sahabat-sahabat dan redha.

"Tak payahlah masuk ke Qala'ah ni. Sama sahaja dengan Qala'ah-Qala'ah yang kita dah pergi sebelum-sebelum ini".
satu suara bercakap- Aku bantah. Mereka berkeras. Akhirnya aku raikan sahabat-sahabat.

Jika mereka bertanya lagi kenapa aku mengembara bersendirian, cerita di atas adalah jawapannya. Jika ingin mengembara berkumpulan sekalipun, aku akan cari mereka yang betul-betul 'sekepala' denganku.


Saturday, June 23, 2007

Malay & Turkish


Untuk entry terakhir mengenai XPDC Turkey, aku masukkan semua muka-muka peserta yang telah bersama menjayakan trip selama 10 hari sejauh 3734 kilometer merentasi 15 buah negeri di Turkey.

Kesemua peserta berjumlah 28 orang dan hanya Dr. Shaima tiada di dalam gambar. Semoga banyak pengalaman dan ilmu yang telah ditimba sepanjang trip yang telah berlangsung. Untuk semua peserta semoga dapat manfaat yang sebaiknya sepanjang trip berlangsung. Di sini aku ceritakan kisah terakhir untuk entry xpdc Turkey...>>


Kisah lucu disebalik lagu Didou Nana
"Eh..lagu ni pun dah suruh kita tido daa", cakap aku pada Munir dan beberapa lain yang masih berada dalam supermarket di bandar Konya. Jam sudah 11.00 lebih ketika itu. Pekerja-pekerja supermarket tersebut pun sudah bersiap-siap mahu menutup kedai, sambil budak-budak melayu masih sibuk mencari makanan ringan dan keperluan yang ingin dibeli. Dengar pulak lagu dari speaker supermarket tersebut tidoo..tidoo..tidoo. Aku, Munir dan beberapa peserta lelaki yang lain ketawa sambil berceloteh "Lagu pun dah suruh kita tido.." takkan tak faham-faham. Balikla hotel..dah lewat.

Di Istanbul ketika melalui kawasan kedai souvenir di SultanAhmet bersama ayahanda ustaz zaim. Sekali lagi aku mendengar lagu..tidoo.tidoo. Dalam hati aku cakap. Terkenal agaknya lagu ni di Turki.

Di Bursa dalam perjalanan ke bas setelah membeli makanan untuk dinner malam tersebut, sekali lagi aku terdengar lagu tersebut di sebuah kedai berhampiran Haykel di pusat bandar Bursa.

14 Jun 5.30 petang aku dan peserta xpdc Turkey yang lain tiba di Antakya. Petang itu aktiviti bebas untuk semua peserta. Aku bersama 7 peserta syabab yang lain merancang ke Harbiye sebuah pekan kecil di dalam Hatay terletak kira-kira 15km dari bandar Antakya.

Harbiye merupakan kawasan subur ditumbuhi hutan pokok pine. Di situ terdapat sebuah air terjun yang dikenali di dalam bahasa Turki Salale (sama sahaja dengan bahasa arab, arab memanggil Shalalat= Air Terjun).

Kami berjalan kaki ke perhentian
Dolmus* untuk ke Herbiye yang terletak kira-kira 1km dari Hotel Saray yang kami duduki. Perjalanan ke Harbiye agak lambat kerana Dolmus menurunkan dan menaikkan penumpang di pertengahan jalan. Kami tiba agak lewat dan hari hampir gelap.

Selesai 'jalan-jalan' di Harbiye kami menunggu Dolmus hampir setengah jam untuk terus ke Antakya. Di dalam perjalanan pulang ke Antakya, sekali lagi lagu Tidoo..Tidoo dimainkan di radio dalam Dolmus tersebut. Aku terus cakap kat kawan-kawan yang lain.

"Korang perasan tak lagu ni?" Semua diam mulanya. Aku menambah "Lagu ni kita dengar di Konya"..selepas tue Munir bersuara. Ini lagu tido nieh. Mana yang ada sekali dalam supermarket di Konya terus mengiyakan.. Aaa ni lagu Tidoo..Tidoo..Tidoo..apa lagi, bisingla kami dok sembang kat belakang Dolmus tentang lagu tue..

Dua kerusi belakang dolmus dipenuhi oleh kami (macam dalam tin sardin) dan dua kerusi hadapan semua orang turki (1 kerusi panjang 3 org boleh duduk). Apa lagi bila sampai time Chorus..Tidoo..Tidoo secara spontan semua menyanyi sekali dengan nada pelahan.. Tidoo..Tidoo.. apa lagi tergelak la orang turki kat depan. Siap pandang belakang senyum lagi.. Aduh! Malu toi.. tapi maybe dalam hati orang Turki cakap, minat juga dorang dengan lagu negara aku ni..(aku harap dia fikir begitula).


Esok paginya ketika semua peserta sudah kumpul untuk bergerak balik ke Jordan. Tetiba Adib datang kat aku dan cakap.."Lagu tue bukan Tidoo..tapi Didou"..aku tanya "Mana kau tahu Adib?"..Adib tersengih sambil tunjuk kaset kat tangannya..Dia beli rupernya kaset penyanyi tersebut di Antakya.

Memang tajuk lagu tue DIDOU NANA. Tahulah akhirnya sebutan sebenar.


* Dolmus diistilahkan kepada van kecil, van transit (minibas). Ada setengah kawasan di Turki seperti di Bursa, Izmir dan Trabzon mereka menggunakan kereta untuk dijadikan Dolmus. Harga lebih murah berbanding Teksi dan mempunyai route perjalanan tertentu. Jika anda mengembara ke Turki dan ingin menaiki Dolmus, ditepi-tepi jalan boleh lihat papan tanda berwarna biru dan terdapat lambang D padanya dan tunggu di Dolmus Stop tersebut. Anda akan dapat lihat papan itu bertulis : Dolmus Indirme Bindirme Yeri = Dolmus Boarding And Alighting Place.


Saturday, June 23, 2007

'Alah Bisa Tegal Biasa'


Fuh! Cuaca di Jordan semakin panas. Bahangnya sudah terasa walaupun di dalam rumah. Nak tidur pun payah. Nasibla kawan-kawan yang berjuang studi untuk summer sem nie (banyak pahala lagi dapat) sedang aku hanya menghitung hari untuk 'terbang' ke Malaysia..

Seminggu sudah berlalu, begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru sahaja pagi semalam bas berhenti di Dauriyaat Amman menurunkan kami peserta xpdc Turkey dari Mu'tah dan Amman. Ya Allah..Maha hebatnya kuasaMu. Manusia boleh terus menghitung hari, tetapi Kau jualah mengetahui hari-hari mendatang buat hambaMu.

Aku fikir setelah 3 episod aku mencoret kenangan di Turkey, sudah aku tinggalkan untuk menulis memorinya. Namun otak ini tetap mahukan kisah suka duka xpdc Turki terus di coret.

Pelbagai peristiwa telah berlangsung selama 10hari. Dalam 'drama' yang telah dimainkan itu juga terlalu banyak peristiwa yang masih segar dalam fikiranku. Gembira, sedih, lucu, serius dan macam-macam. Namun bagi aku adalah satu kepuasan dapat tiba di lokasi-lokasi sejarah yang menjadi bukti kekuasan kerajaan Islam terdahulu. Kekadang hati mahu menangis, jiwa mahu meronta. Kenapa semua itu aku tidak boleh lihat kini. Dan bila umat Islam akan melihat semula?. Islam kembali berkuasa..

Demi Nasi
Malam kedua di Istanbul, aku melalui persisiran laut Eminonue. Cukup letih badan aku malam itu disebabkan beban keja sepanjang empat hari sudah aku rasai. Hati aku mendesak supaya aku pergi juga ke Eminonue. Misi untuk aku mendapatkan nasi malam itu. Ya! Semua kawan-kawan boleh makan nasi malam itu.

10.10 malam. Semua kedai di Eminonue sudah tutup. Terdapat 2 buah kedai menjual Tos, Tavuk, Sosij yang masih buka. Aku hampa.

"Petang tadi dah ada nasik kat sini, nie dah tutup pula"..hati aku sikit mengeluh. Aku berpatah balik dari hujung penambang ke Kadakoy untuk kembali ke Tram.

Malam itu, malam rezeki untuk semua dapat makan nasi. Aku terpandang sebuah 'gerai' di tengah jalan dan orang itu menjual nasi. Terus aku ke situ dan mintak Ootozz 'adad. 30 bungkus. Punyalah payah mulanya untuk aku memahamkan bahawa yang aku mahukan 30 bungkus nasi. Peniaga itu faham, aku katakan harga 30 Lira. Mudah cerita, aku mintak pen, mintak kertas dan tulis 30 dan tunjuk pada arah nasi. Akhirnya faham juga dia.

..selepas 30 minit. Siaplah akhirnya dia bungkus nasi yang bercampur dengan kacang kuda dan sedikit isi ayam serta di'sedap'kan dengan aroma sos tomato. :P. Namun hanya ada 20 bungkus. Dalam hati aku cakap.."Alamak, mana nak cari nasi lagi memalam ni, takkan ada yang makan nasi, ada yang makan roti". Aku terdiam seketika waktu itu dan cakap lagi pada mamat tue.. Ootozz..York Yilmiz (bantai je cakap asal dia faham). Huhu..

Akhirnya si penjual tue suruh aku tunggu. Dia berjalan ke arah penambang Bosphorus dan 30 minit selepas itu dia datang bersama kawannya membawa 10 bungkus lagi.. Alhamdulillah..selesai masalah ketidakcukupan nasi pada asalnya malam itu. Aku membayar 60 YTL dan ambil keputusan naik Tram dari Sikerci bukan dari Eminonue untuk pulang ke hotel.

Aku melintas jejantas untuk ke Sikerci dan menunggu Tram di stesyen Sikerci. 15 minit baru Tram ada. Malam itu ntah kenapa aku ambil keputusan untuk turun di Gulhane bukan SultanAhmet untuk kembali ke hotel. Jadi memang di Gulhane lah aku berhenti. Jarak Gulhane ke hotel dan SultanAhmet ke hotel lebih kurang sama jarak. Tetapi dari Gulhane perlu mendaki kawasan berbukit (itu pada mulanya aku fikirkan)..alih2 Gulhane jauh dari hotel.. tak mengapalah.. aku terus dipaksa ber'senam' malam tue..tiba di hotel sudah lewat malam..sunyi sepi. Tidak seperti siang hari yang cukup bising dengan suara melayu.

Aku merenung bungkusan-bungkusan nasi malam tue bersama 30 botol air mineral dan hatiku terdetik berkata "Tido dah ke semua..dapat ke dorang makan nasi malam nie.." Adam, terima kasih tolong abg gmen sama-sama ke Eminonue malam tue. Sure menyesal ikutkan? haha

Se'gebu' Roti.
Roti-roti-roti..mungkin itulah barangkali 'kebarangkalian' perkataan yang sering diucapkan, diluahkan saban hari. Sedapnya makan roti..aku dah xlarat makan roti..aku dah tak lalu makan roti..aku bantai je sebab perut dah lapar..aku xkisah je makan roti tetiap ari..aku dan aku dan aku dan roti..

Tavuk Doner atau E.T Doner antara makanan popular di Turki.
Tavuk=ayam dan E.T=Daging

Lahmacun

Bestkan? Aku harap sangat mana yang tak berapa boleh makan roti dah makan nasi masa lunch..rindunya ngan roti-roti tuh. Ada yang 'rindu'? ke tak?


Yakin? Tak Yakin? atau Buat-Buat Yakin.
"Hadi mana?" aku bertanyakan kepada semua setelah mula-mula perasaan ketiadaan Hadi di Kabatas. Semua pandang satu sama lain. "Korang ni, member sendiri pun tak perasan ke?" Bani bersuara. Masing-masing mengimbas apa yang telah dilalui sebelum itu.

"Aku nampak Hadi atas Tram" berkata satu suara.

" Aaa..aku perasan macam dia ada" tambah lagi satu suara

"Aku rasa dia ada atas Tram, takut dia dok sorang kat gerabak lain kemudian tertido" tambah lagi..

"Aku yakin dia ada sekali kita sebab semua Jeton (Token) aku dah bagi. Tak ada kat tangan aku", kata aku.

Dia kemana? Cuba cari sekeliling atau di ke tandas stesyen Shell tue sambil mata aku pandang ke arah stesyen minyak berdekatan. (aku membeli Jeton untuk menaiki Tram sebanyak 28 keping sehari sebelum tue. Aku letakkan Jeton dalam sebuah plastik dan telah keluarkan semua dari plastik dan serahkan pada semua geng xpdc, xada dah baki kat tangan time tue- so, surela semua dapat)

"Jom cari dia" Amir mengajak. Aku dan Amir memulakan 'operasi' mencari Hadi yang ntah di mana. Mula-mula aku dan Amir meninjau kawasan perhentian terakhir Tram di Kabatas. Kami mencari di bahagian bawah tempat masuk untuk ke Metro, Funukuler dan Tram. Akhirnya hampa..tak jumpa juga Hadi. Aku ngan Amir buat keputusan untuk ke Eminonue untuk cari Hadi..sepanjang atas Tram dari Kabatas ke Eminonue melalui Findikli, Thopane dan Karakoy aku ngan Amir membuat kebarangkalian. Di mana Hadi ketika itu?

1. Dia tertido atas Tram di hentian terakhir Kabatas dan tidak turun. Kemudian Tram terus bergerak ke arah Zeytinburnu.

2. Dia tak naik Tram dan masih berlegar-legar di Eminonue

3. Dia dah turun di Kabatas tapi pergi ke lain

4. Dia tertinggal di Eminonue dan balik ke hotel

5. Dia dah beratur masa nak naik Tram di Eminonue tapi xsempat naik, pintu Tram dah tertutup sebab betul-betul crowd time tue.

6. Pada mulanya semua salah jalan naik tangga arah Tram nak ke Zeytinburnu..kemudian turun tangga semula dan naik tangga untuk menuju ke Kabatas..Time tue maybe Hadi tertinggal di sebelah sana.

-->> itulah kebarangkalian yang aku dan Amir dah buat. Kami tiba di Eminonue dan turun dari Tram. Kami pusing-pusing cari di perhentian Eminonue dan tunggu di situ dalam 10 minit. Kalau-kalau Hadi belum naik Tram atau Hadi terlajak ke lain dan kembali ke situ.

Akhirnya tak ada juga kami turun tangga untuk menuju ke Masjid Eminonue Yeni. Mungkin dia ada di sana kata aku dan Amir..dalam nak turun tue..aku terseluk poket seluar kargo pen aku dan terpegang sekeping benda bulat. Sah!..Itulah Jeton..memang sekeping Jeton telah tercicir dari plastiknya dan berada di dalam poket aku! Aduhh..careless..

Apapun petanda tue dah mudahkan aku dan Amir. Maknanya Hadi tak naik Tram sebab tak ada Jeton. Kami pun terus ke lokasi terakhir yang kami ziarah sebelum ke Kabatas iaitu Masjid Eminonue Yeni. Pusing cari dalam 30 minit cari..tak jumpa. Terus ke Eminonue..aku dan Amir berpecah cari Hadi..xjumpa juga. Dan akhirnya aku dan Amir lepak makan burger kat situ sampai mengandaikan pandangan awal kami sejak mula lagi iaitu HADI BALIK KE HOTEL SETELAH DITINGGALKAN..(Hadi tak ada handset dan memang tak dapatlah nak mesej tanya di mana dia berada).

Kami amik keputusan balik ke hotel selepas selesai makan burger di Eminonue..dalam dok jalan ngan Amir mencari Hadi, banyakla dok sembang pasai peribadi dan keluarga. Rupanya Amir pernah tinggal lama kat Kedah..apa lagi. lepaih tue dok pederas cakap kedahla.. aku pun orang utagha..dok parit buntaq, perak..tapi area kawasan aku tue habis semuala dok cakap kedah. mak aku pun asai orang kedah..sedara mara dok belambak la belah kedah sana..(huhu saja buat pelat kedah..sori noo)..

Then, aku ngan amir pun buat keputusan balik ke SultanAhmet dan bantai aiskrim Cornetto dulu kat situ sambil tunggu geng xpdc yang lain tiba dari Kabatas..(masa aku dan amir cari hadi peserta lain ziarah istana dolmabahce).

Dalam perjalanan nak balik ke hotel, time akhwat2 dok berhenti shopping belakang Hagya Sofia, Amir dapat mesej dari ustaz ismat irbid yang hadi ada kat hotel. Hadi online internet kat hotel dan kebetulan YM ngan Ismat dan mintak Ismat mesej ke hp geng xpdc lain yang dia sudah ada di hotel.. aku lega!..alhamdulillah. HADI.. TQ COZ BUAT KEPUTUSAN YANG AMAT BIJAK.

untuk lanjut

http://penghunisahara.blogspot.com/search/label/turkey

Rabu, 2009 Oktober 28

Urusan Haji

Buat 'translation' surat nikah di Safarah Malayzi (Kedutaan Malaysia)
Kedutaan Malaysia

Belek buku di Kedutaan.

Orang dulu-dulu mesti serius bila bergambar?

Sekitar 'Abdoun'


Model 1 Malaysia/ Malaysia Awwalan ( Slogan di Jordan...Urdun Awwalan)


mengalas perut di Mecca Mall / Makkah Mall



Buat 'tat'im' haji di Amman Comprehensive Health Center

Urusan selesai. Adiyos !

Ahad, 2009 Oktober 25

Rezeki di Wadi Sir

Kamusta ka? (Apa khabar dalam bahasa Cebuano)

Sambungan...

Pagi-pagi lagi kami berempat, hubby, saya, Yaya dan Bubbu keluar dari rumah. Kami berjalan menuju ke jalan utama berdekatan dengan Syarikat Kahrobat. Kemudian terus ambil teksi menuju ke Balai Polis Wadi Sir.

Perjalanan sekejap sahaja, lebih kurang 15 minit. Sampai di Balai Polis, ada seorang polis yang duduk di kaunter utama, suruh kami keluar semula ke pintu utama untuk di periksa oleh polis yang berdiri di pintu utama. Polis yang siap bersenjata. Backpack hubby yang berisi stationary, air kotak Yaya, biskut dan dokumen-dokumen diperiksa.

Dia lepaskan kami. Kami masuk semula ke dalam Balai Polis. Polis tadi sekali lagi memberi isyarat kepada hubby menyuruh saya masuk ke bilik perempuan untuk diperiksa oleh polis perempuan.

Sambil tu minta hawiyah.

Malayzi? Tanya polis tu,
Hubby angguk kepala.

Terus suruh kami masuk ke dalam bahagian urusan pembaharuan iqamah, tak perlu lagi saya masuk ke bilik polis wanita. Rupanya bila sebut Malayzi ni, orang Arab cukup hormat.

Di bahagian iqamah tak ramai sangat orang sebab masih pagi. Ada 5 orang pelanggan sahaja. Ada pasangan Arab, seorang ammu Syria barangkali, mundar mandir dalam bilik tu dan saya dan hubby.

Hubby menyerahkan borang muwafaqah dari Wizarah Dakhiliyyah, salinan passport, gambar kami semua.

Menjelang jam 10 pagi, Balai Polis Wadir semakin sesak. Ada makcik Chechen, ada makcik Iraq, ada pelajar dari China, ada majikan lelaki memperbaharui iqamah bibik-bibik mereka.

Ada 2 orang bibik Indonesia yang duduk agak jauh dari kerusi saya, melambai-lambai Yaya. Saya hanya senyum, Yaya pula memang takut nak pergi. Lagi kuat dia pegang baju saya.

Kemudian ada juga bibik Filipina bersama majikan dia. Mula-mula tu, saya rasa dia bibik sebab rasanya jarang Arab yang kawin dengan Filipina. Namun bila betul-betul perhati, rasa macam Filipino ni mesti isteri Ammu Arab, sebab pakaian dia dan perwatakan dia memang sangat berbeza dengan bibik-bibik lain. Ini mesti isteri Ammu Arab tu.

Ammu Arab yang duduk dengan Filipino tadi melambai-lambai Yaya. Yaya takut bercampur malu. Lagi kuat dia pegang baju saya. Ammu Arab panggil lagi, kemudian dia bangun dan menghampiri kami.

Dia unjuk JD 50...untuk Yaya. Terkejut saya dan hubby. Jumlah yang bukan sedikit. Hampir RM250.

Min wen? (Dari mana)

Malayzi. (Malaysia)

She has truly Malaysian face . Kata ammu Arab merujuk kepada Yaya.

Kemudian hubby bersembang sedikit dengan ammu Arab yang sentiasa berulang alik ke Romania dan Hong Kong. Dia memperkenalkan wanita yang disebelahnya adalah helper di rumahnya yang berasal dari Cebu, Filipina.

Kami meminta diri apabila selesai berjumpa mudir (boss) di Balai Polis untuk menyelesaikan urusan seterusnya di Kedutaan Malaysia pula.




Sabtu, 2009 Oktober 24

Kami bukan Wonder Pets

Alhamdulillah

Saya berbual dengan emak yang jaraknya beribu-ribu kilometer. Di hujung perbualan emak suruh saya berdoa supaya emak dapat pergi menunaikan ibadat haji kali kedua pada tahun ini. Emak masih mengharap peluang untuknya meskipun hanya status standby yang diberi oleh Tabung Haji.

Kalaulah saya Thulathiyyul A'jab dah lama saya terbang menolong emak...hehehe.

Thulathiyyul ajab, thulathiyyul ajab,
Nahnu fi al-toriq
lazilna sigharan wa lasna aqwiya'
wahinama na'mal maan lan naqul dhuafa'
Ya thulathiyyu al-ajab
Hayya...

Al hatif, syakhsun yathlubuna
Al hatif, syakhsun yathlubuna
Sana'ti fauran.

Wonder Pets
Wonder Pets!
Wonder Pets!
We're on our way
To help a friend
And save the day
We're not too big
And we're not too tough
But when we work together
We've got the right stuff
Go, Wonder Pets, ya'ay!

The phone
The phone is ringing!

The phone
We'll be wight there!


Iqamah
Di Jordan masalah yang sering terjadi kalangan pelajar ialah iqamah (visa) yang perlu diperbaharui setiap tahun, tamat tempoh.

Kami yang datang ke Jordan pada bulan 8 tahun 2006 menghadapi masalah memperbaharui visa pada tahun 2007. Akibat kelewatan proses tersebut, kami tidak berpeluang pergi haji pada tahun 2007. Ada hikmahnya!

Tahun ini, Allah permudahkan.

Mula-mula hubby pergi ke Wizarah Dakhiliyyah (Ministry of Interior) untuk dapatkan muwafaqah ( permohonan untuk memperbahurui visa). Proses di Wizarah Dakhiliyyah ini memakan masa yang lama. Ada yang hanya 2 minggu, ada yang 3 minggu dan ada yang lebih apabila dipanggil oleh Mukhabarat.

Bila dah 3 minggu kami tengok website wizarah, ternyata pemohonan kami masih dalam proses. Bila dah hampir sebulan, hubby pergi ke wizarah semula, mana tahu muwafaqah sudah siap. Masa tu berdebar-debar sebabnya kalau lambat dapatkan iqamah, kami terlepas peluang untuk daftar haji. Tarikh tutup daftar haji dengan MPPM (Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan) ialah 23 haribulan. Masa tu dah 17 haribulan!

Rupa-rupanya bila pergi ke Wizarah Dakhiliyyah, muwafaqah dah siap 13 hb. Alahai, apasal hang tak update website. Huhuhu. Apapun lega dan syukur yang tak terkira.

Sebelah petangnya, balik dari Wizarah Dakhiliyyah, hubby berkejar pula ke Balai Polis Wadi Sir, untuk perbahurui iqamah. Sampai kat sana pukul 2 lebih.

Bukrah! (esok)

Kata polis di Wadi Sir.

Oh...urusan belum selesai. (bersambung)






Rabu, 2009 Oktober 21

Resepi Ma'mol

Assalamualaikum.

Hari ini saya akan berkongsi satu resepi biskut raya Arab yang dikenali sebagai ma'mol. Ada 2 jenis ma'mol, ma'mol semid (ma'mol semolina) dan ma'mol tohin (ma'mol gandum).

Ma'mol semid.

Bahan-bahan.
3 kub semid (3 gelas, orang Arab jarang guna cawan, sebab cawan yg diorang ada hanya cawan kecil untuk minum kopi pahit).
3 kub zibdah au samnah (3 gelas butter atau ghee).
1/2 kub tohin (gelas tepung gandum).
1 mila'koh soghiroh khameera (sudu kecil yis, boleh guna jenama mauripan, saya guna Astrico)
1/2 kub ma' suam (air suam)
1 milakoh sukar (sudu gula)
2 milakoh mahlab
2 milakoh kabirah halib (sudu besar susu tepung)

Filling.
Tamar ma'jun (isi kurma)
Sedikit qirfah mathun (serbuk kayu manis)
Gaul rata.

Cara
Samid wa tohin au zibdah digaul sebati. Biarkan semalaman.
Keesokkan hari, campur sukar, khameera, halib dan air suam. Biar 30 minit.
Tuang dalam campuran samid.
Uli.
Canai adunan.
Masukkan dalam acuan kayu, acuan plastik, atau acuan yang anda ada, mengikut kreativiti anda.
Masukkan filling.
Tutup filling.
Bakar dalam oven sehingga sedikit kekuningan.
Biarkan sejuk dan tabur sukar mathun (gula halus).

#Jika tiada acuan ma'mol, ambil sedikit aduan dan letakkan filling tamar.


Ma'mol tohin.

Bahan-bahan.
2 1/4 kub tohin (gelas tepung gandum).
1 milakoh soghiroh bakij powder (sudu kecil baking powder)
1/2 mahasah sukar naim (gula halus)
1/2 kub zibdah (gelas butter atau margerin)
1/4 kub samnah (gelas ghee).
1 telur.

Gaul zibdah, samnah, sukar naim dengan mixer.
Masukkan telur.
Masukkan tohin yang telah diayak dengan bakij powder.
Masukkan filling.
Tutup filling.
Bakar dalam oven.
Selesai bakar, tabur sukar mathun.

Selamat mencuba. Saya belum cuba lagi.


Oh ya, ini resepi dalam bahasa Inggeris yang saya jumpa. http://rawantimecapsule.wordpress.com/mamol-the-sweets-of-the-eed/

Image087

The best sweets ever!I’m sure you want to know how to make the best and the most delicious sweets.

Here we go..we make it in two steps in two days!

The first day:

the ingredients are:

4 kilos of semolina-smed-

1 packet of lorbak butter

1 cup of mazola oil-corn oil-

2.75 cups of samna

2 teaspoons of floured mahlab

6 spoons of dokat ma’mol

Put them all together , mix them very well until it becomes one yellow mixture.Make sure that you distributed the components-ingredients-very well.Leave it for 12 hours after you cover it(keep it in a warm place).

The second day:

The ingredients are, -add them to the mixture-

4 cups of mazola oil

2 spoons of yeast-khamera-

2 spoons of sugar

2 coffee cups of flowers water

2 coffee cups of rose water

1 cup of warm milk

almost 2 cups of warm water -if you need more add some water-

add them separately and mix them very well.leave it for 2 hours ,then you can start the fun ; >

After all the mixture became one similar yellow mixture-dough-..

1-start making small balls of the dough

dough balls

2-make smaller balls of Ajwa dates

3-crush some nuts and add cinnamon

crushed nuts with cinnamon

4-spread the dough into a circular disk shape

5-you can stuff the dough balls with ajwa gated or nuts

-Ajwa dates,put the ajwa ball in the middle,spread it a little,then close the dough (until you hide the ajwa) and make it as a ball again.

-nuts,spread the dough,put a spoon of nuts in the middle,close the dough and re-circule it

6-after you finish stuffing the balls,you will need moulds to have the nice shape!..put the stuffed balls in the mould , print the form , then drag the balls out of the mould (take it out)

moulds

Image028

Image023

7-put them on the cooking tray,

sweets in the tray

sweets in the tray

tray in the oven

tray in the oven

when you finish put them in the oven until the cookies get a reddish-yellow color.

the reddish-yellow color

the reddish-yellow color

now spread the powder sugar on the top of the cookies

Image084

And that’s it..have a good cooky! : D

Isnin, 2009 Oktober 19

Hadith

Hari ini semua sahabat saya pergi kelas mengaji di Madrasah Al-Khansa'. Saya tidak dapat pergi sebab biasa...jaga dua rebina yang masih belum bersekolah ni. Sebagai gantinya saya saya menelaah hadith 40 Imam Nawawi. Syarah panjang lebar mungkin saya boleh bertanya hubby malam ni.

Syarhul Arba'iina Hadiitsan An Nawawiyah

Oleh: Al-Imam An Nawawi


Disamping itu saya jumpa juga beberapa hadith lain.

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)

Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.

Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.

Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.

Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.

Harap dapat mengambil manfaat.

Wassalam.






Selasa, 2009 Oktober 13

Ma'mol, Nasi mandhi.

Apple pie resepi joyofbaking, tapi pandai-pandai ubahsuai, kalau nak sedap sepatutnya ikut keseluruhan resepi.

Ma'mol Arab filling tamar ma'jun. (siapa hendak resepi sila hello)

Mistik untuk buat nasi Mandhi.

Khasiat Yansoon oleh Ahmad Mustafa

Masa sarapan ringkas pagi tadi, hubby beritahu dalam kitab Tibb Arab (perubatan Arab) satu kitab lama yang dibaca di Jaamiah Urduniyyah, yansoon sangat sangat sesuai untuk lelaki, sebab tu kalau boleh dia nak minum yansoon tiap-tiap hari. Mujur hari ni saya tak buat air Yansoon. Saya buat teh. Saja!

Bila rujuk kitab Al-Tibb Al- Badil yang dikarang oleh Dr Ahmad Mustafa Mutawalli, bab Tibb Nabawi, yang dah ada kat rumah, memang Yansoon mengandungi banyak khasiat.

Antaranya:
1. Minyaknya boleh menghilangkan kutu.
2. Memudahkan pengaliran haid.
3. Bagus untuk breast feeding
4. Mengubati batuk.
5. Melambatkan menopause (masyakil sinnu al ya'su inda an-nisa')
6. Memudahkan pencernaan.

Bi iznillah!

Untuk makluman, nama yang disenaraikan dalam kitab ini, mengikut bahasa Arab fushah ialah, Aniisun dan nama pasar pula, yansoon, kammun hillu, habbah helwah dan tukdah. Bahasa Inggerisnya ialah Anise.

Wallahua'lam.



Ahad, 2009 Oktober 11

Ganjaran

Kakak telah khatam Al-Quran untuk kali kedua dan telah menghafal beberapa surah termasuk Ar-Rahman dan Al- Mulk. Sebagai ganjarannya kami telah bawa kakak dan adik-adik ke Dream Park.





Guru-guru dengan anak-anak autism. Sangat menyentuh hati.
















Gambar lama di Dream Park.

Gambar lama.

Isnin, 2009 Oktober 05

Ubati sakit dengan Yansoon.

YANSOON.

Masa saya masih di Hospital Isra' selepas bersalin Munsief, antara minuman yang di hidangkan adalah jus mempelam, air panas dan seuncang Yansoon. Mula-mula saya ingatkan teh. Dalam hati takde air milo ke...

Saya minum jus dan makan jelly. Masih lapar, tapi tiada makanan yang dibekalkan. Tekak terasa nak minum air panas, tapi tertulis perkataan Yansoon, bunyi macam Cina. Saya tak jadi minum.

Syuu 'yansoon', tanya saya kepada nurse.

Sejenis herba yang sangat bagus untuk keluarkan ghazzz (angin dan menyebabkan mudah kentut) dalam badan. Minumlah!

Memang terbukti bagus dan berkesan.

Masa dalam pantang hubby beli lagi dari soidaliyyah. Habis saya minum. Seuncang sehari, cukup 20 hari habis satu kotak.

Semalam, semasa menaiki tangga, balik dari Mat'am Mukalla Yamani, hubby baru teringat hendak beli panadol. Masa tu dah berada di tingkat dua. Satu tingkat lagi, sampailah rumah saya. Alang-alang dah naik, tak nak dah turun pulak.

Hubby teringatlah Yansoon. Apakata kita pakat minum yansoon. Hubby sorang yang tak sihat, tapi semua kena minum Yansoon. Nasib baik anak-anak semuanya suka. Sebab cikgu sekolah dah pesan suruh minum Yansoon untuk ubat H1N1. Kalau uminya cakap sedap, atau bagus ke, memang tak minum pun.

Sebenarnya Yansoon memang banyak khasiat. Di samping untuk buang angin dalam badan, ianya bagus untuk ubati selsema dan lemah-lemah badan. Kata mama (tuan rumah) anak-anaknya terutama Majdi yang selalu selsema memang minum air yansoon campur na'na'.

Masa bersembang seorang guru Arab yang mengajar di Yamani International School Kuala Lumpur yang pulang bercuti di sini, dia beritahu yang kalau di Malaysia bunga lawang, anised star, bagus untuk ubati H1N1, namun di sini (Jordan) Yanson menjadi pilihan kerana bunga lawang memang hampir tiada di sini. Kalau ada pun memang mahal. Dia sendiri beli di Malaysia bunga lawang untuk diberi kepada saudara mara di Jordan.

Yansoon pula memang tidak ada di Malaysia. Saya yang jahil rempah ni kata yansoon ada, sebabnya Yansoon tu jintan, jintan banyak jenis pula, ada jintan manis, jintan putih, jintan hitam.

Dia pun keluarlah segala ilmu jintan dia, jintan hitam-habbatus sauda, jintan manis-anissed seed, jintan putih-careway seed. Namun yansoon, jintan apa?

Huhuhu.


Terima kasih jiran upload gambar yansoon. Saya masih menunggu hadiah DSLR dari seseorang untuk snap gambar Yansoon kat rumah. Hehehe.

Jumaat, 2009 Oktober 02

Tiada siapa peduli kematian Hamaad…

Oleh:HP

Pada 14 Februari 2009, hampir sebulan selepas kerajaan pengganas Israel mengumumkan genjatan senjata secara sebelah pihak, seorang kanak-kanak berumur 13 tahun Hammad Silmiya sedang mengembala kambing dan biri-biri di kawasan utara Gaza, kira-kira 500 meter dari sempadan negara haram Israel.

Sebuah jip tentera Israel yang sedang mengawal sempadan melepaskan tembakan ke arah Hammad dan kawan-kawannya.


Hammad terkena tembakan di kepala dan mati di tempat kejadian.

Pembunuhan Hammad tidak langsung menjadi bahan berita – sekadar seorang lagi mangsa di Genting Gaza, di mana kecederaan dan kematian ke atas masyarakat awam terus meningkat dari hari ke hari. Keluarga Hammad masih lagi bersedih dengan pembunuhan ke atas neneknya, dua orang sepupunya berumur 4 dan 18 bulan, dan kemusnahan rumah dan ternakan mereka semasa serangan hendap Israel.

“Pagi itu hari Sabtu, Hammad bangun pukul 6 pagi,” kata ibu saudara Hammad, Jomai’a, yang berumur 40 tahun. “Dia pergi dengan abangnya dan beberapa orang kawan sebaya untuk mengembala ternakan. Seperti biasa, kira-kira pukul 10 pagi, Hammad menyiapkan sarapan pagi di lapangan. Sebuah kenderaan tentera Israel menembak mereka dan mengenai kepala Hammad.”

Jomai’a mengeluarkan satu bungkusan plastik dari lilitan selendangnya, lalu membuka bungkusan tersebut. Dalam satu sampul surat kecil ada sekeping gambar Hammad – satu-satunya gambar anak muda tersebut, yang diambil ketika berumur 7 tahun. Gambar-gambar Hammad yang lain semuanya hilang di bawah runtuhan rumah mereka.

“Hammad tidak ubah seperti anak kesayangan saya sendiri, kerana saya tidak mempunyai anak, dan dia selalu tidur di sisi saya,” kata Jomai’a. “Bila dia perlu sesuatu, dia akan minta dari saya. Orang selalu kata Hammad bukan saja ada satu ibu, tapi dua ibu – ibu sebenarnya dan juga saya. Sebahagian dari jiwa saya dimiliki oleh Hammad. Sekarang (sebahagian dari jiwa saya) sudah tidak ada lagi, dan pergi bersama-sama Hammad.”

Ibu saudara Hammad, Jomai'a (kiri) dan ibunya, Salma (kanan)

Ibu saudara Hammad, Jomai'a (kiri) dan ibunya, Salma (kanan)

Hammad berhenti sekolah beberapa bulan lalu untuk bekerja sepenuh masa sebagai penternak dan membantu keluarga. “Saya cuba memaksa dia kembali ke sekolah tapi dia hanya memikirkan tentang kerja-kerjanya dengan kambing dan menunggang keldainya.” kata Jomai’a. “Dia sangat terikat dengan ternakan. Bila balik dari sekolah, dia akan meninggalkan bagnya dan terus berlari mendapatkan ternakannya. Malam sebelum dia dibunuh saya telah bermimpi tentang kenduri perkahwinan, satu petanda buruk bagi masyarakat kami. Bila mereka memberitahu saya tentang kecederaan Hammad, saya tahu dia telah mati kerana saya dapat melihat dia sebagai mempelai dalam mimpi saya.”

Ibu Hammad, Salma, duduk di sebelah Jomai’a dalam khemah sementara yang dibina bersebelahan runtuhan rumah mereka di Ya-as-Salama. Runtuhan dan kemusnahan dahsyat dapat dilihat di sekeliling mereka. Keluarga Badwi ini datang ke Gaza sebagai pelarian dari Beersheba pada tahun 1948 dan menetap di daerah Hay-as-Salama. Sebelum serangan ganas Israel, mereka tinggal di rumah batu dan memiliki ladang ternakan bersebelahan zon rizab keselamatan. Kawasan tersebut merupakan daerah yang pertama diserang tentera darat Israel Januari lalu.

“Kereta kebal Israel mula menembak kawasan kami pukul 2 pagi pada 5 Januari,” cerita Jomai’a. “Bom yang pertama mengenai rumah kami, dan saya lari ke bilik ibu saya kerana dia sudah tua berumur 80 tahun dan hanya terlantar di atas katil. Tiba-tiba bom yang kedua menimpa rumah kami lagi, dan kami terpaksa lari, meninggalkan ibu saya. Kami tak ubah seperti kambing-kambing ketakutan apabila melihat pintu kurungan dibuka. Kami menuju ke Jabaliya, kemudian ke Zeitoun untuk berteduh di sekolah. Setiap hari saya merayu kepada pasukan ambulan dan medik membantu saya untuk pergi memindahkan ibu. Malahan saya bersedia untuk berjalan kaki di hadapan ambulan, mengibar bendera putih. Tapi suasana terlalu merbahaya dan mereka tidak dapat membantu.”

Bila keluarga Silmiya kembali ke kediaman mereka pada 18 Januari, mereka dapat rumah tersebut ranap dimusnahkan oleh serangan F-16. Mereka mengambil masa selama 3 hari untuk mencari mayat nenek Hammad dari bawah runtuhan. Hammad dikebumikan bersebelahan neneknya hanya beberapa minggu kemudian.

Oleh kerana kawasan tersebut terletak berdekatan dengan sempadan, beberapa orang yang prihatin telah datang untuk membantu mereka. Kem pelarian terdekat tidak sesuai untuk mereka kerana mereka perlu tinggal berdekatan dengan ladang ternakan, tambahan pula keluarga Badwi lebih suka tinggal bersendirian.

Keluarga Silmiya berteduh di hadapan runtuhan rumah mereka

Keluarga Silmiya berteduh di hadapan runtuhan rumah mereka

“Peperangan masih belum berakhir,” kata ibu Hammad, Salma. “Tidak pernah sunyi di Gaza, kami kerap melihat F-16 di langit. Tapi Hammad tidak pernah takut. Dia sungguh tabah dan penuh bertenaga. Adiknya pernah berharap supaya tentera Israel membunuh Hammad, kerana semua orang sayangkan Hammad. Sekarang dia tidak mahu lagi membawa makanan atau minuman ke ladang ternakan, kerana Hammad ditembak askar Israel ketika sedang menyiapkan makanan.”

Beberapa hari sebelum ditembak, Hammad kecewa dengan peristiwa keldainya bersama-sama 60 ekor kambing dan 3 ekor lembu milik bapanya ditembak oleh askar Israel. Bapanya yang bernama Barrak Salem Salaam Silmiya sudah berumur 47 tahun. “Kami mahukan kedamaian, tapi mana dia (keamanan)? Mana hak kemanusiaan di Gaza?” tanya Barrak sambil menunjukkan bangkai ternakan yang masih terapung dalam takungan selut sekeliling runtuhan rumahnya.

Bapa Hammad, Barrak Salem Salaam Silmiya. Di sekelilingya kelihatan bangkai ternakan dan runtuhan rumah mereka yang diranapkan dengan letupan bom tentera Israel.

Bapa Hammad, Barrak Salem Salaam Silmiya. Di sekelilingya kelihatan bangkai ternakan dan runtuhan rumah mereka yang diranapkan dengan letupan bom tentera Israel.

“Hammad hanyalah seorang budak 13 tahun. Semua orang melihat dia sebagai seorang budak kecil, tapi mereka masih tembak dia. Dia sangat pintar dan baik dengan ternakan. Malahan dia selalu menjual susu dan keju di pasar. Apa lagi yang dapat saya ceritakan tentang anak saya? Tidak ada apa lagi yang saya boleh ceritakan tentang dia. Negara-negara besar tidak berdaya melawan Israel, apa yang kami boleh buat? Saya rasa sudah tidak ada apa-apa lagi. Kawasan ini hanya ada rumah-rumah dan lorong-lorong. Tidak ada apa lagi yang tinggal….”

“15 hari sejak kematian Hammad seperti 500 (hari.) Hammad berkulit gelap, dan kacak. Sekarang saya tidak lagi dapat merasa keenakan makanan yang disuap. Setiap orang (yang berjumpa dengan Hammad waktu pagi dia ditembak) kata dia tampak begitu kacak,” tambah Jomai’a. “Ini bukanlah peperangan terhadap sebuah kerajaan atau negara. Israel bunuh kami seperti binatang dan anjing, dan tidak ada siapa yang berjuang membantu kami.” [Sumber: Ezedden Information Office]-Haluan Palestin

Isnin, 2009 September 28

Masih Raya

Anak-anak bergambar bersama-sama kawan Arab, Mustafa, Yasmeen, Muna, Ruba.


Kakak


Kek untuk open house rumah Cik Ayu


Yaya bersama Dr Samar


Acara bebas sambil makan...open house rumah Cik Ayu, Sweileh


Bbubbu bersama Ammu Naifah, Khaleel, Palestin.


Kek untuk open house rumah Cik Yus. Resipi Joyofbaking.


Posing di rumah pegawai MSD.